Iman

Pendahuluan:
Iman ertinya membenarkan Allah SWT sebagai yang disembah dan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah SWT yang membawa ajaran Islam kepada manusia akhir zaman.
Allah SWT memerintahkan supaya manusia membenarkan enam rukun iman iaitu Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Kiamat dan Takdir.
Orang yang mengucapkan kalimah syahadat dipanggil “Muslim”. Kalimah syahadat itu ialah “Aku mengaku tiada tuhan yang lain melainkan Allah, dan aku mengaku Nabi Muhammad itu utusan Allah”.
Orang yang Muslim yang mengamalkan perintah Allah SWT setiap masa dan setiap waktu, sama ada secara sembunyi atau terang mereka dipanggil “Mukmin”.

Tingkat yang tertinggi bagi seorang Mukmin ialah Taqwa.